Selasa, 9 Disember 2014

Nama Tuhan


As Salam,

Ini kisah segelintir makhluk di tanah melayu yang dari mana akalnya datang mengeluarkan keinginan menggunakan nama ALLAH dalam kitab agama mereka. Kalau kita lihat di rajah di atas, kan lebih afdal mereka gunakan "ALAHA" sebagai nama tuhan sepertimana digunakan lidah nabi Isa al masih. Atau jika ingin, gunakan "Ho Theos" bahasa Yunani yg digunakan St Paul, sapa mamat ni, GOOGLE, jangan malas membaca.

Dengan akal yang rileks sambil menghembus asap tembakau jawa, aku dengan tenang dapat melihat ada niat terselindung dalam penggunaan nama ALLAH di dalam kitab bibble mereka, yang sememangnya itu bukan kitab Injil yang difirmankan Allah kepada Isa al masih. Tak tau laa kalau anda yang beragama islam yang menyembah ALLAH, sesyahadah dengan aku fikir lain, kubur lain-lain, jawab laaa depan pencipta, niat itu penting, hanya dia yang maha tahu.

Dari segi penggunaan bahasa pon puak-puak gelabah ni dah lari jauh dari highway sebenar,
bahasa arab - ALLAH
bahasa english - God
bahasa melayu - Tuhan
dan lain-lain bahasa yang ada dalam dunia yang dia ciptakan ini, dengan pelbagai bangsa. Apa yg susah sangat, kalau kau nak tulis dalam bahasa melayu, pakai la tuhan, kecohhh.

Aku sebenarnya tiada masalah mereka nak gunakan nama ALLAH, kerana aku dan anda-anda semua dah disekolahkan, cukup diajar bahawa tak kira apa kau panggil dia, dia tetap dia. Tapi setelah dibincangkan dengan beberapa rockstar di kedai uncle (din nama uncle ni, india muslim). Aku faham bahawa masalahnya bukan generasi aku yang dah nak jumpa malaikat maut ni, tapi anak-anak kita yang baru nak naik.

Anda semua pandai, fikir-fikirkanlah, demi masa depan generasi akan datang. May the force be with you (apa itu the force, google laaa and use your brain).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan