Isnin, 29 Disember 2014

SIN







Pada anda yang minat Brad Pitt for sure pernah tengok movie ni. Pernahkah anda fikir mesej yang ALLAH cuba sampaikan melalui ilham yang diturunkan kepada penulis cerita ni, untuk makluman anda yang malas membaca, this is base on the bible; in the Book of Proverbs 6:16-19, tak salah baca bible, sebelum tu baca al-quran dulu, jangan jadi macam burung, hari-hari mengaji, maksud yang ALLAH nak sampaikan satu pon tak faham, kat playstore dan appstore boleh download terjemahan al-quran, the wonders of thy lord.. baca,,, dengan nama tuhanmu yg telah menciptakan kita semua;

tujuh dosa


Malaysia, tanah yang selama ini aman.... ALLAH turunkan bala, banyak negeri ditenggelamkam banjir, tak terfikir kah anda semua ini DOSA 'SIN' siapa, ALLAH marahkan siapa, bala ini nak ajar siapa, bagi anda yang kepala dah tak berapa betul, mesti kata ini bencana alam, ada sebab saintifik di sebalik kejadian ini, pergi laaa kaji kalau pandai sangat, bagi aku yang sekadar lulus SPM, ini semua balasan TUHAN yang esa atas dosa-dosa kita. Siapa 'kita' dalam ayat tu, wallahua'lam, dia saja yang tahu bala ini nak ajar siapa, nak cuci dosa siapa, nak ikutkan aku pon berdosa pada dia, adakah kerana perbuatan aku. OOO tuhan tolonglah jangan aku punca bencana ini.
Bagi pemimpin negara baik kerajaan maupon pembangkang, sekolahkan diri anda sebelum TUHAN sekolah kan anda, 

Dari engakau kami datang dan padamu kami akan kembali, kau permudahkanlah perjalanan kami menuju mu ya ALLAH, ampunilah dosa kami, ibu bapa kami, isteri-isteri kami, anak-anak kami, semua abang2, adik2 dan saudara mara kami, sahabat-sahabat kami, dan seluruh hamba-hamba mu ya ALLAH, kami rindukan syurgamu, ALLAH, AR-RAHMAN, AR-RAHIM... tolong kami..

bacalah AL_FATIHAH sebanyak yang mampu..... dia akan tolong kita....




.......

Khamis, 11 Disember 2014

MIMPI


As Salam,

Ramai kata mimpi itu mainan tidur, tapi bagaimana mimpi berjumpa Nabi Muhammad, jumpa Nabi Isa, diberi Al-Quran, dan yang sewatunya. Adakah itu mainan, siapa yang mainkan, siapa direktornya????. Anda tak rasa anda durhaka pada tuhan bila anak anda bermimpi pergi ke depan kaabah dan anda kata itu mainan tidur? Hebat lu semua.. Apabila Al-Quran selesai di turunkan Jibrail dengan ayat "pada hari ini kusempurnakan agamamu islam", tiada lagi wahyu, TAMAT.. Jadi cara perhubungan langit dan bumi pada kita hamba yang seadanya ni adalah dengan MIMPI, faham tak.

Jadi mulai sekarang apabila anda bermimpi, fikir-fikirkanlah, selidik apa maksud yang cuba disampaikan direktornya, ALLAH yang kita sembah. Kalau tak sampai akal anda fikir, google leee, jangan malas, ramai ustaz, ahli fikir, pengkaji kitab dan orang awam yang tak berapa awam (termasuk segelintir rockers malaya) yang ada ilmu tentang mimpi, ada facebook, ada yang tulis blog, jangan malassss.

Setakat hari ini yang paling best la, mimpi berjumpa Nabi Muhammad,
Yang paling menakutkan jumpa malaikat, dengan cahaya yang bersinar.. gigil satu bandan..

Jadi buat anda semua, kalau nak mimpi yang best-best, amalan pon kena laaa best-best....

Tak susah, baca surah AL-FATIHAH banyak sebanyak mungkin, cuba try 33 atau
100 lagi bagus, kalau selama ni cable anda ke langit pakai telekom zaman 70an upgrade guna unifi..

Upgrade diri anda!!!!!

Rabu, 10 Disember 2014

The Nativity Story (2006)

Salam,  

Sebuat movie kisah kelahiran Isa Al-Masih putera Maryam,
Mengalir air mata berjujuran bagai menonton kisah cinta hindustan, kali pertama, kedua dan beberapa kali seterusnya menonton kisah Mariam dan perjalanannya hingga ke saat the "king of the king" dilahirkan.

Yang perlu anda ingat, ia kisah yang  penulis movie ambil dari kitab bibble, jadi sediakanlah terjemahan kitab AL-QURAN, agar akidah anda di atas jalan yang straight, jalan yang di redai, yang di pilih sang pencipta untuk umat akhir zaman. Atau download je terjemahan AL-QURAN dari playstore.






 

Selasa, 9 Disember 2014

Nama Tuhan


As Salam,

Ini kisah segelintir makhluk di tanah melayu yang dari mana akalnya datang mengeluarkan keinginan menggunakan nama ALLAH dalam kitab agama mereka. Kalau kita lihat di rajah di atas, kan lebih afdal mereka gunakan "ALAHA" sebagai nama tuhan sepertimana digunakan lidah nabi Isa al masih. Atau jika ingin, gunakan "Ho Theos" bahasa Yunani yg digunakan St Paul, sapa mamat ni, GOOGLE, jangan malas membaca.

Dengan akal yang rileks sambil menghembus asap tembakau jawa, aku dengan tenang dapat melihat ada niat terselindung dalam penggunaan nama ALLAH di dalam kitab bibble mereka, yang sememangnya itu bukan kitab Injil yang difirmankan Allah kepada Isa al masih. Tak tau laa kalau anda yang beragama islam yang menyembah ALLAH, sesyahadah dengan aku fikir lain, kubur lain-lain, jawab laaa depan pencipta, niat itu penting, hanya dia yang maha tahu.

Dari segi penggunaan bahasa pon puak-puak gelabah ni dah lari jauh dari highway sebenar,
bahasa arab - ALLAH
bahasa english - God
bahasa melayu - Tuhan
dan lain-lain bahasa yang ada dalam dunia yang dia ciptakan ini, dengan pelbagai bangsa. Apa yg susah sangat, kalau kau nak tulis dalam bahasa melayu, pakai la tuhan, kecohhh.

Aku sebenarnya tiada masalah mereka nak gunakan nama ALLAH, kerana aku dan anda-anda semua dah disekolahkan, cukup diajar bahawa tak kira apa kau panggil dia, dia tetap dia. Tapi setelah dibincangkan dengan beberapa rockstar di kedai uncle (din nama uncle ni, india muslim). Aku faham bahawa masalahnya bukan generasi aku yang dah nak jumpa malaikat maut ni, tapi anak-anak kita yang baru nak naik.

Anda semua pandai, fikir-fikirkanlah, demi masa depan generasi akan datang. May the force be with you (apa itu the force, google laaa and use your brain).