Sabtu, 18 November 2017

HIJRAH.... PULAU MISTIK





HIJRAH

aku pergi ke sebuah pulau, 
di situ aku kenali siapa diriku, 
di situ aku kenali tuhanku... 

dan dengan izin tuhan serta gerak yang dimasukkan dalam hati dan mimpi yg diberi, aku akan kembali ke pulau penuh mistik, yang di sumpah mahsuri tujuh keturunan, kerana allah demi mencari sesuap nasi...

awal tahun 2000 aku menjejak kaki ke pulau langkawi dengan penuh paksaan meninggalkan kuala lumpur, semuanya kerna sifat kasih dan kerisauan seorang ibu yang melihat anaknya hidup terumbang ambing di bukit bintang, lebih spesifik jalan bedara off jalan bukit bintang. thanks mama for loving me too much. (i dont think bukit bintang story is suitable, skip that)..

di langkawilah hidup aku sebagai hamba tuhan bermula, aku ditemukan dengan seorang hamba tuhan yg istimewa, in other words master of the force, 

dipendekkan cerita yg panjang dan dramatik, aku terus ke penutup pertemuan kali pertama aku dgn master "kau balik nanti kau mimpi, esok kau cerita dgn aku", berdebar jantung aku, soo malam tu aku tidor dgn gabranya, mimpi aku dapat al kitab allah, al-quran, excited giler aku, tak mandi terus aku ke rumah master, from there my path of spiritual enlightenment began,,,,, to be continued, kalau aku ingat laaa

kenali lah diri anda, cari laaa caranya, ramai master di tanah melayu ni, caranya berbeza, tujuannya sama...

dengan izinnya aku akan membina kehidupan di atas pulau langkawi... insyaallah hingga ada ketentuan lain untuk aku, jadilah hamba yang berserah.... 

Sabtu, 16 September 2017

MY GIRLS


alhamdulillah... hidup ini bukan hak kita menentukan, allah dah tentukan segala, tapi kita yg rasa kita control everything...

aku nak cerita about my girls, bukan isteri ya... tapi dua anak gadis bergelar anak aku..


yes, my girls, orang nak kata apa pon aku dont give a crap, bagi aku anak aku 4 orang, 2 boys &
2 girls, and 1 more boy insyallah bulan 11 ni,

the story is aku banyak masalah dalam menyesuaikan diri dengan dua anak gadis comel ni, yes aku tahu aku lah yg bertanggungjawab dalam membentuk mereka menjadi insan yg menghambakan diri pada tuhan, tapi aku tak biasa kot, anak aku laki,

setelah beberapa bulan aku suffer dalam usaha menjadi bapa terbaik untuk 2 gadis ini, aku berjaya break the ice, lebih2 lagi kakak kerana dia sudah matang dalam berfikir, sepertimana aku selalu man to man talk dengan iman, anak lelaki sulong aku, sekarang aku mampu membuat perkara sama dengan auni, dia mula bersifat terbuka dalam meluahkan apa yg tersirat, aku semakin kerap meluangkan masa berdua,, being a father and at the same time a friend, its a dream come true...

alhamdulillah, all praise to allah.. for he is thy lord, yg merancang dan penentu segala, kita hamba hanya mampu berusaha dan berserah diri.. may the force be with u..

Selasa, 5 September 2017

CHANGES



as salam manusia dan jin.. alhamdulillah.. tahun ni aku takbir aidil adha di masjid di pulau melaka, ditemani suara ombak, dan sinar matahari, hebat tuhan, i surrender to your will boss,,
dengan aku berserah diri, segala yg jadi dalam hidup aku hak dia,, totally,,

aku sekarang berada dalam fasa baru dalam hidup aku, yg mana aku tiada apa2 hak dalam menentukan apa2, actually dari lahir semua manusia camtu, hak kau nak pilih jadi manusia atau lanun je,, itu pon kadang tak boleh pilih pon,
fasa itu adalah hidup sebagai seorang peniaga, gerun aku bila aku tak tau hujung bulan akan ada atau tidak duit dalam bank akaun aku,, yg aku tahu kena usaha laaa,, satu lagi, aku terpaksa berjauhan dari anak aku, iman, macam cerita nabi ibrahim dengan anaknya nabi ismail, serius aku sedih, aku sangat berharap agar tuhan membimbing dia ke syurga, tolong ya boss....

That's just the way it is
Things'll never be the same - tupac


Rabu, 5 Julai 2017

RAMADHAN & THE ANGEL of DEATH

alhamdulillah, selesai sebulan aku berpuasa, the best ramadhan for me, lots of wonders, tak masuk akal logik sains manusia terjadi, aku beberapa kali didatangi malaikat, jangan kata aku gila pulak, chill la wei, malaikat maut datang dalam mimpi, tu first, then aku dengar bunyi kepak besar kat luar my bedroom, kat meeting room office sekali lagi kepak tu datang, just want to let u know, malaikat tu berkepak, aku tak sure yg datang tu malaikat maut or not, then kat rumah beberapa kali aku didatangi lagi, kali ini aku dengar tapak kaki di belakang aku, nampak lembaga, alhamdulillah, best,

for ure info, ramadhan hari tu aku amalkan all al-fatihah dalam solat, i mean everry pergerakan, then baca 30x al-fatihah selepas solat, try laaa guys and feel the peace and wonders of living on earth as a humble servent of the lord, best...

i really thought that i would not reach syawal, cause dreaming of the angel of death really scared me, really thought that i'm gonna go, still the lord is extending my life on earth,

jadi pada anda yang tahu dan faham yang mati itu adalah dekat, taubat, beribadah, sujud la pada tuhanmu, puji lah, kasihi lah dia, berserah dirilah kamu,

sebelum terlambat........ rock on!!!!!


Rabu, 22 Mac 2017

KAYA

aku hamba yang miskin dan hina, kenyataan!!! kerna yang kaya dan mulia hanya dia, ALLAH.

aku kerja kerani dengan gaji below 2k, tapi aku bersyukur kerana aku tahu yang tuhan yang menetapkan itu kerana ia cukup untuk menampung hidup aku,TAPI, aku dihina, ditegur, manusia kerana pada pandangan mereka itu tidak cukup untuk aku menampung keluarga, hina bagi lelaki yang hidupnya ditampung seorang wanita, kerana aku tak mampu memberi nafkah, YES, aku tahu kewajipan seorang suami memberi nafkah kepada keluarga,

dengan gaji aku yang kecil tu, apa yang aku mampu bayar hanyalah duit instalment rumah, bil2, dan beberapa keperluan kecil, tu je, kerna ini aku dikutuk, dan dihina, takpa lah aku terima kata2 mereka, aku ditanggung wanita bergelar isteri, nak ikutkan aku lebih rela mati kelaparan dari makan duit isteri, aku sering menolak, tapi dipaksa...

pada mereka2 yang memandang aku hina aku puji anda kerena anda semua manusia berjaya, gaji 7k- 8k, tahniah, aku kagum, tapi jangan lah hina aku kerna itu yang aku mampu,

”Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan” [QS. Al-Fajr : 20]

”Ketahuilah ! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,karena melihat dirinya serba cukup” [QS. Al-‘Alaq : 6-7]

”Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi” [QS. Al-Munaafiquun : 9]

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya” [QS. Al-Humazah : 1-3]

pada kawan2 aku yang kaya, dan sering menyindir aku, ingatlah pada tuhan dan bersyukur denga kenikmatan yang diberi. jadikanlah kekayaanmu itu sebagai jalan menuju kebahagiaan di akhirat kelak, dengan syurga yang indah.

Katakanlah : “Hai kaumku, berbuatlah sepenuh kesanggupanmu, sesungguhnya aku pun berbuat (pula) . Kelak kamu akan mengetahui, siapakah yang akan memperoleh hasil yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan mendapat keberuntungan” [QS. Al-An’aam : 135]   

”Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rizki dan menyempitkannya bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya ? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman” [QS. Az-Zumar : 52]

”Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan” [QS. Al-Kahfi : 46]

REMEMBER MY FRIENDS   

Ahad, 19 Mac 2017

SABAR

Marah!!! sifat panas, darah naik kepala, dalam animation barat selalu bila sesuatu karekter itu marah mukanya akan merah, telinganya berasap, marah itu api dan syaitan dicipta dari api, secara mudahnya bila suatu makhluk itu marah dirinya dikuasai syaitan, (agaknya laaa sebab aku tak pandai), 

Bila marah semua sifat kasih sayang, cinta, belas kasihan dan persahabatan hancur, binasa.. habis dilupakan, yang ada hanya api yang dihembuskan syaitan dengan senyuman gembira, kerna berjaya merosakkan hamba allah, 

Dalam bahasa kapaknya aku letakkan begini.. bila marah kuasai diri, sifat hamba, yang selama ini merendahkan diri, menyembah tuhannya, cinta pada tuhan, GONE, hamba berubah menjadi tuan, dari menyembah menjadi yang disembah (takut aku nak tulis).. bukankah itu SYIRIK, menyamakan diri dengan ALLAH

aku berhenti kat sini.. aku takut apa aku tulis ini salah dan dimurkai tuhan..

ampunkan aku wahai yang memegang nyawaku!!


Rabu, 1 Mac 2017

SINGLETON MEDIA

Ahamdulillah, rezeki aku dipermudahkan ALLAH dengan hadirnya seorang wanita bergelar isteri dalam hidup aku. Seorang wanita yang tabah, tegas dan mempunyai prinsip yang aku cinta.. Tuhan maha adilkan.. Dia tahu apa yang terbaik bagi setiap hambanya.. Yang penting rendahkanlah diri dehadapannya, sedarkan diri itu hamba yang tiada upaya melainkan dengan izinnya. Tanpa dia kita tiada wahai hamba..

Tidak akan bergerak sehelai daun jika tanpa izinnya wahai rockstar sekelian..








Perniagaan adalah cara mencari rezeki yang terbaik. Nabi Muhammad sendiri seorang pedagangkan..

Ini adalah perniagaan isteriku yang insyaallah akan ku bantu sepenuh masa demi mencari rezeki untuk keluarga kami yang makin hari makin dewasa..

Untuk dunia agar jalan kami mudah di akhirat!!! Aku berharap ALLAH mempermudahkan perjalanan kami..