aku hamba yang miskin dan hina, kenyataan!!! kerna yang kaya dan mulia hanya dia, ALLAH.
aku kerja kerani dengan gaji below 2k, tapi aku bersyukur kerana aku tahu yang tuhan yang menetapkan itu kerana ia cukup untuk menampung hidup aku,TAPI, aku dihina, ditegur, manusia kerana pada pandangan mereka itu tidak cukup untuk aku menampung keluarga, hina bagi lelaki yang hidupnya ditampung seorang wanita, kerana aku tak mampu memberi nafkah, YES, aku tahu kewajipan seorang suami memberi nafkah kepada keluarga,
dengan gaji aku yang kecil tu, apa yang aku mampu bayar hanyalah duit instalment rumah, bil2, dan beberapa keperluan kecil, tu je, kerna ini aku dikutuk, dan dihina, takpa lah aku terima kata2 mereka, aku ditanggung wanita bergelar isteri, nak ikutkan aku lebih rela mati kelaparan dari makan duit isteri, aku sering menolak, tapi dipaksa...
pada mereka2 yang memandang aku hina aku puji anda kerena anda semua manusia berjaya, gaji 7k- 8k, tahniah, aku kagum, tapi jangan lah hina aku kerna itu yang aku mampu,
”Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan” [QS. Al-Fajr : 20]
”Ketahuilah ! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,karena melihat dirinya serba cukup” [QS. Al-‘Alaq : 6-7]
”Hai
orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu
melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian
maka mereka itulah orang-orang yang merugi” [QS. Al-Munaafiquun : 9]
Kecelakaanlah
bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan
menghitung-hitungnya. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat
mengekalkannya” [QS. Al-Humazah : 1-3]
pada kawan2 aku yang kaya, dan sering menyindir aku, ingatlah pada tuhan dan bersyukur denga kenikmatan yang diberi. jadikanlah kekayaanmu itu sebagai jalan menuju kebahagiaan di akhirat kelak, dengan syurga yang indah.
Katakanlah
: “Hai kaumku, berbuatlah sepenuh kesanggupanmu, sesungguhnya aku pun
berbuat (pula) . Kelak kamu akan mengetahui, siapakah yang akan memperoleh hasil yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang
yang zalim itu tidak akan mendapat keberuntungan” [QS. Al-An’aam : 135]
”Dan
tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rizki dan
menyempitkannya bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya ? Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang
beriman” [QS. Az-Zumar : 52]
”Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan” [QS. Al-Kahfi : 46]
REMEMBER MY FRIENDS
Rabu, 22 Mac 2017
Ahad, 19 Mac 2017
SABAR
Marah!!! sifat panas, darah naik kepala, dalam animation barat selalu bila sesuatu karekter itu marah mukanya akan merah, telinganya berasap, marah itu api dan syaitan dicipta dari api, secara mudahnya bila suatu makhluk itu marah dirinya dikuasai syaitan, (agaknya laaa sebab aku tak pandai),
Bila marah semua sifat kasih sayang, cinta, belas kasihan dan persahabatan hancur, binasa.. habis dilupakan, yang ada hanya api yang dihembuskan syaitan dengan senyuman gembira, kerna berjaya merosakkan hamba allah,
Dalam bahasa kapaknya aku letakkan begini.. bila marah kuasai diri, sifat hamba, yang selama ini merendahkan diri, menyembah tuhannya, cinta pada tuhan, GONE, hamba berubah menjadi tuan, dari menyembah menjadi yang disembah (takut aku nak tulis).. bukankah itu SYIRIK, menyamakan diri dengan ALLAH
aku berhenti kat sini.. aku takut apa aku tulis ini salah dan dimurkai tuhan..
ampunkan aku wahai yang memegang nyawaku!!

Rabu, 1 Mac 2017
SINGLETON MEDIA
Ahamdulillah, rezeki aku dipermudahkan ALLAH dengan hadirnya seorang wanita bergelar isteri dalam hidup aku. Seorang wanita yang tabah, tegas dan mempunyai prinsip yang aku cinta.. Tuhan maha adilkan.. Dia tahu apa yang terbaik bagi setiap hambanya.. Yang penting rendahkanlah diri dehadapannya, sedarkan diri itu hamba yang tiada upaya melainkan dengan izinnya. Tanpa dia kita tiada wahai hamba..
Tidak akan bergerak sehelai daun jika tanpa izinnya wahai rockstar sekelian..
Perniagaan adalah cara mencari rezeki yang terbaik. Nabi Muhammad sendiri seorang pedagangkan..
Ini adalah perniagaan isteriku yang insyaallah akan ku bantu sepenuh masa demi mencari rezeki untuk keluarga kami yang makin hari makin dewasa..
Untuk dunia agar jalan kami mudah di akhirat!!! Aku berharap ALLAH mempermudahkan perjalanan kami..

Langgan:
Catatan (Atom)