Isnin, 16 Februari 2015

MAWAR MERAH






Aku terdengar bunyi semboyan sayup-sayup... ini baru permulaan, baru pembukaan cerita akhir zaman.. Persoalan aku, kau layak ke??? Sakit otak aku, dah cukup ke ilmu dalam dada? KALAM ALLAH tak aku masterkan lagi, kalau berdebate dengan makhluk al-kafirun belum tentu kemana... Inikan nak lawan master of evil.. Ramai kata kita kena positif, masalahnya nak positif macamana kalau negetif pon kita tak boleh nak setle..

Bacalah,, dengan nama tuhanmu yang menciptakanmu... Itu kerja aku tiap pagi sebelum menyembah tuhan aku,, sambil segulung tembakau jawa di bibir, menghembus asap untuk menenagkan jiwa yang kacau..

"Dengan namamu yang maha pemurah lagi maha penyayang, tolong lah kau tunjukkan aku jalan yang lurus.. jalan superhero sebelum aku, kau terangkan hati aku untuk memahami segala kalam mu ya tuhanku"

Sekurang-kurangnya sepuluh ayat akan aku usahakan untuk dimuat turun kedalam nur yang duduk dalam aku.. "tolong aku wahai pencipta.. guide me".. Aku tahu saat langit terbelah dan menjadi merah seperti mawar makin hampir,, waktu itu sudah lambat nak taubat,, END.. ohh tuhan tolong aku. pimpinlah aku.



Cantik.... pada masa yang sama ia adalah tanda mulanya kiamat....

Baca.. Baca.. Baca.. Bacalah kalam ALLAH wahai sahabat.. Sebelum terlambat!!




Selasa, 3 Februari 2015

Hero







Kewajipan kita sebelum jadi adult, ialah jadi kids, kanak-kanak riang, dan kebiasaan budak zaman ini adalah menonton TV (biasanya animation), baca komik etc.. Favorite aku karton superhero, such as G.I. Joe, Thundercats, Ghostbusters, Teenage Mutant Ninja Turtles, Transformers, dan paling favorite Robotech. 

Di zaman anak aku pulak animation lagi gempak.. lagi detail, semuanya hi tech, soo aku yang masih ada minat terhadap animation, akan layan karton dengan anak aku. Walaupon technology lagi dahshat namun jalan cerita tetap sama, superhero, tapi ada laa beberapa yg lain dari yg lain yang anti climax, ending hero mati, nangis aku dan anak aku, rockkkers kena berani nangis.. jiwa..

Seperti dalam karton, di alam nyata juga ada superhero pada setiap zaman untuk membantu umat manusia. korang nak example: 25 nabi- from Nabi Adam to Nabi Muhammad saw, semua tu superhero, Allah hantar untuk selamatkan kita hamba-hambanya dari kekufuran, kehinaan kepada keindahan, kemuliaan hidup sebagai insan, menjadi pesuruhnya di atas bumi ini.. Lepas tu ada superhero menjadi pewaris meneruskan perjuangan membela hamba-hamba Allah seperti Salaahudden Al-Ayyobi etc. Di tanah nusantara pula, ada wali songo etc.

Korang nak jadi superhero??? Nak jadi hamba-hamba terpilih untuk membela agama Allah?? Nak naik kapal yang dikemudi ketua superhero zaman moden, macam Avengers naik kapal Nick Furry??

Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakanmu.. Al-quran sudah siap diterjemahkan dalam bahasa korang, baca, baca, baca.. sampai jadi master of the force.. anda akan jadi superhero, at least for the people you love, be their hero!!!!